BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Sunday, 4 December 2011

DUNIA BAHASA

RAJUK MEMBAWA PADAH
Hari ini hari lahir Nora yang kesembilan tahun.Nora berasa sungguh seronok kerana dia sudah besar.Ayanhnya bercadang untuk mengadakan satu majlis hari lahir untuknya.
Ting,ting,ting,ting,ting.Jam sudah menunjukkan pukul lima petang.Makanan sudah terhidang di atas meja, ada sate,bihun goreng,kek,kuih muih, dan buah buahan.Beberapa orang rakan baik Nora sudah tiba,juga jiran-jiran terdekat.Ada dikalangan mereka yang membawa hadiah.Ibu dan mak su juga memberikan hadiah yang istimewa buat Nora.Cuma...ayahnya saja yang masih belum pulang.Nora berasa sungguh gelisah kerana ayanhnya berjanji mahu pulang awal.
Setengah jam kemudian,majlispun dimulakan.Ibu Nora mahu ia diteruskan biarpun ayah Nora belum pulang.Kasihan kepada tetamu yang sudah lama menunggu.Nora berasa sungguh terkilan.
Semasa tetamu sedang menjamu selera,barulah wajah ayahnya muncul di muka pintu.Nora segera menemui ayahnya.
‘Mengapa ayah lambat?Penat Nora tunggu,’kata Nora manja separuh merajuk.
“Maafkan ayah.Kereta, rosak di tengah jalan.Penat ayah membaikinya,”kata ayahnya dengan muka merah kerana penat.Peluh mengalir di dahinya.
Melihat ayahnya pulang dengan tangan kosong,sekali lagi hati Nora tersentuh.Mana hadiah yang ayah janjikan?Ayah berjanji mahu belikan Nora hadiah istimewa.Wajahnya berubah.Namun,dia tidak berkata apa-apa.Dia tidak lagi seriang tadi.
Sehinggalah kawan-kawan dan jiran-jiran tertangga pulang.Nora Cuma membisu.Air matanya menitis,hatinya sebak.Sampai hati ayah,jerit hatinya.Bukankah ayah tidak pernah berbohong kepada Nora.
Hadiah-hadiah yang diterima langsung tidak mengembirakan hatinya.Ayah yang menyedari perubahan pada Norapun mendekati anak tunggalnya itu.
“Ayah minta maaf sebab tak dapat belikan hadiah yang ayah janjikan pada hari ini.Bukankah kereta ayah rosak?Ayah tak sempat belikan tadi.Nanti ayah belikan,” pujuk ayahnya lembut sambil mengusap-usap rambut anaknya.Namun Nora masih merajuk.Wajahnya masam mencuka.
Sehinggalah pada waktu makan malam selepas solat maghrib,Nora masih dengan perangainya.Ibu dan maksu sudah memujuknya,namun sikap keras kepala Nora memeningkan kepala mereka.Nora tidak mahu makan malam.Dia hanya berkurung di dalam bilik sambil melayan kerenahnya.
Kasihan melihat anaknya itu,ayah Nora bertekad ke pasaraya untuk membelikan hadiah buat Nora, meskipun hujan turun dengan lebatnya.Enjin kereta dihidupkan.Berderum-derum bunyi kereta Kancilnya lalu meninggalkan mereka.
Sudah hampir pukul sebelas malam kawan-kawan,ayah Nora masih belum pulang.Ibu Nora resah menunggu suaminya di ruang tamu.Rancangan televisyen yang dipaparkan langsung tidak menarik minatnya.Mak Su masih sibuk menyiapkan tugasan kuliahnya.Hujan masih belum ada tanda-tanda akan berhenti.Nora menjenguk ke luar tingkap.Dia bimbang memikirkan ayahnya.Rasa menyesal mula menyelinap di hatinya kerana menyusahkan ayahnya.
“Tok,tok,tok,tok ketukan di pintu mengejutkan mereka.Nora segera keluar dari biliknya apabila menyedari ayahnya sudah pulang.Namun,bukan ayahnya di pintu sana,tetapi...Nora lihat ibunya terkedu menerima berita yang dibawa oleh anggota polis itu.
“Ya Allah,ayah kemalangan,” kata ibunya dengan suara yang lemah.Dia memandang tepat ke wajah Nora dan maksu.Air mata ibu mengalir.Nora juga begitu.Akhirnya,Nora menangis teresak-esak.Dia menyesal kerana terlalu mementingkan diri sendiri.
Hampir tiga hari ayah Nora koma,kaki kanannya patah kerana berlanggar dengan sebuah kereta.Sejak hari itulah Nora setia menunggu ayahnya di hospital.Dia tidak mahu ke sekolah.Dia mahu ayahnya sedar dan pulih semula.Hadiah untuk Nora sudah diterimanya biarpun pembalutnya sudah rosak sedikit.Jam tangan bertali biru itu terlalu cantik buatnya.
Apabila ayahnya sedar,Nora menangis sambil memeluk ayahnya.Berkali-kali dia meminta maaf.Ayahnya membalas rangkulan Nora.
“Sudahlah,Nora tidak berbuat salah kepada ayah,ayah terlalu sayangkan Nora,”Kata ayahnya luhur sambil mengusap-usap kepala Nora.Ibunya yang berdiri di sisi katil berasa sungguh terharu.
Kawan-kawan mulai hari itu,Nora berjanji akan menjadi anak yang baik dan tidak akan menyakiti hati ibu dan ayahnya lagi.Pengorbanan ibu dan ayahnya terlalu besar buatnya.Dia mahu belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.Dia mahu hadiahkan kejayaan kepada ibu dan ayah yang tersayang.

0 comments: