BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, 2 December 2011

CONTOH-CONTOH SOALAN KARANGAN

Soalan : Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.
Tulis laporan lawatan itu selengkapnya.
Pendahuluan
Tajuk laporan – lawatan ke Melaka – disertai 32 orang murid dan 4 orang guru – diadakan pada
8 Mac 2008
Isi Penting
1. berkumpul di sekolah – taklimat daripada Guru Besar – 8.00 pagi bas bertolak –
11.00 pagi tiba di Melaka
2. melawat beberapa tempat menarik – Kota A’Famosa, Gereja St . Paul dan
sebagainya
3. pergi ke gerai-gerai cenderamata – membeli cenderamata – berehat untuk makan
tengah hari
4. pergi ke Air Keroh – melawat Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini
Malaysia
Penutup
Banyak faedah yang diperolehi dari lawatan – mempelajari sejarah dan mengenal negara Malaysia

LAPORAN LAWATAN KE MELAKA
Pada 8 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Lawatan itu disertai oleh 32 orang murid dan 4 orang guru.Murid-murid berkumpul di seklah pada pukul 7.00 pagi. Pada pukul 7.30 pagi guru besar memberi sedikit taklimat. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi.
Rombongan tiba di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 11.00 pagi.Tempat yang pertama kami lawati ialah bangunan-bangunan peninggalan sejarah dibandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota A’Famosa, Gereja St. Paul dan bangunan Stadthuys. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda.
Kemudian kami singgah di gerai-gerai yang menjual cenderamata. Di situ terdapat pelbagai jenis barang dan makanan. Kami sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang.
Selepas itu, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari. Kira-kira pukul 2.00 petang, bas bertolak ke Air Keroh. Di sana kami melawat beberapa
tempat menarik seperti Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia.
Pada keseluruhannya lawatan itu banyak memberikan faedah kepada kami.Kami dapat menimba banyak ilmu pengetahuan daripada lawatan itu.

Disediakan oleh, 17 MAC 2008
Munirah Arshad
( MUNIRAH BT. ARSHAD )
Setiausaha,
Tahun Enam Gemilang,
Sekolah Kebangsaan Seri Kelana






















Soalan : Persatuan bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan gotong-royong membersihkan rumah orang-orang tua.
Tulis laporan itu selengkapnya.

Pendahuluan
Tajuk laporan – aktiviti membersihkan Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih – disertai 20 orang
ahli persatuan Bahasa Malaysia dan 2 orang guru – diadakan pada 12 April 2008
Isi Penting
1. berkumpul di sekolah – pergi dengan menaiki van sekolah dan 2 buah kereta
guru – 8.00 pagi bertolak – 10.00 pagi tiba di Rumah Orang-orang Tua Seri
Kasih
2. membentuk kumpulan – menjalankan aktiviti membersihkan persekitaran
3. aktiviti berjalan lancar dalam suasana mesra – berhenti rehat – makan bersama
penghuni rumah Orang-orang Tua Seri Kasih – aktiviti diteruskan
4. dapat mengenali kehidupan orang-orang tua – berat hati melepaskan kami
pulang – Penyelia mengucapkan terima kasih atas usaha murni kami
Penutup
meninggalkan rumah Seri Kasih dengan seribu kenangan












LAPORAN AKTIVITI MEMBERSIHKAN RUMAH ORANG-ORANG TUA SERI KASIH
Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Taman Jaya telah mengadakan aktiviti membersihkan Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih pada 12 April 2008.
Ahli persatuan berkumpul di perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kemudian kami bertolak dengan menaiki sebuah van sekolah dan dua buah kereta yang dipandu guru pengiring.
Tepat pada pukul 10.00 pagi kami sampai di destinasi. Sesampainya kami di sana kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada ahli persatuan dan petugas. Mereka bertanggungjawabmembersihkan bahagian-bahagian tertentu di persekitaran rumah tersebut.
Aktiviti berjalan lancar dalam suasana yang mesra. Kami berhenti rehat untuk makan tengah hari bersama para penghuni rumah Seri Kasih. Selepas itu aktiviti diteruskan hingga pukul 4.00 petang.
Aktiviti ini telah dapat memberi peluang kepada kami menyelami hati dan perasaan orang-orang tua yang ditempatkan di situ. Mereka berat hati untuk melepaskan kami pulang. Penyelia Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih, Puan Rahimah Mahad turut melahirkan terima kasih atas usaha murni kami itu.
Kami meninggalkan rumah orang-orang tua itu dengan seribu kenangan dan
pengalaman yang amat berharga serta tidak akan kami lupakan.

Disediakan oleh, 18 APRIL 2008
Nur Arfah
( NUR ARFAH BINTI HALIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Jaya.

0 comments: